Total Pageviews

Peraturan AM

1.PENYERTAAN 
1.1 Pertandingan ini dibuka kepada semua pasukan MSSM Negeri yang mana ditubuhkan oleh MSSM. 
1.2 Setiap MSSM Negeri yang menyertai pertandingan ini hanya boleh mendaftar satu pasukan sahaja. 
1.3 Setiausaha Jawatankuasa Pertandingan akan menguruskan permohonan-permohonan dan akan menetapkan tarikh tutup permohonan tertakluk kepada keputusan atau arahan tertentu yang dibuat dari semasa ke semasa. 

2. KELAYAKAN PEMAIN 
2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar tingkatan 6 (tidak termasuk prauniversiti dan matrikulasi) dan warganegara Malaysia adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 
2.2 Seorang pemain hanya layak didaftar untuk satu pasukan sahaja. 
2.2.1 Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada Jawatankuasa Pertandingan dan Status seperti berikut: 
a. Wajib mengemukakan Kad Pengenalan / My Kad Asal dan Borang Penyertaan yang lengkap.
b. Sebarang masalah atas hak atau status pemain ke atas mana-mana pemain akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad. 
c. Jika berlaku sebarang bantahan berkenaan status pemain pengurus wajib disertakan sali nan Surat Tawaran Tingkatan 6 yang disahkan oleh Pengetua sekolah yang berkenaan sebelum tamatnya kejohanan. 

3. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN 
3.1 Pendaftaran Pemain Setiap pemain mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran 6A Hanya pemain yang berdaftar sahaja boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 
3.2 Pendaftaran Pegawai 
3.2.1 Setiap pegurus pasukan hendaklah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (DG) yang sedang berkhidmat di sekolah- sekolah dan mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran 6B. 
3.2.2 Setiap pasukan hanya boleh mendaftar pegawai mengikut jumlah yang telah ditetapkan. 
3.2.3 Jika pasukan menggunakan khidmat pegawai bukan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran khasnya jurulatih, mereka boleh mengikuti pasukan itu tetapi tidak boleh didaftarkan dalam Borang pendaftaran pasukan. Pegawai ini setaraf dengan penonton, segala tunjuk ajar hendaklah dibuat di luar permainan. (rujuk Peraturan Am 8 MSSM) 

4. BANTAHAN Rujuk Peraturan Am MSSM (12) 
4.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang Pegawai Pasukan berdaftar hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau wakilnya tidak lewat tiga puluh (30) minit selepas tamat perlawanan dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (RINGGIT MALAYSIA : DUA RATUS SAHAJA). 
4.2 Tempoh penyerahan Bantahan Rasmi tertakluk kepada peraturan dan Undang-Undang Bola Jaring. 
4.3 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan yang dibuat itu tidak berasas. 
4.4 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan. 
4.5 Juri Rayuan hendaklah mengadakan mesyuaratnya selepas Jawatankuasa Pengelola Pertandingan mendapati bantahan yang dibuat perlu dipertimbangkan tiga puluh minit selepas bantahan diterima. 
4.6 Keputusan Juri Rayuan hendaklah disampaikan secara rasmi kepada pasukan berkenaan dan keputusannya adalah muktamad. 
4.7 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara- perkara dan fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan. 

5. LEMBAGA RAYUAN 
 5.1 Jawatankuasa Pengelola dikehendaki menubuhkan satu Lembaga Rayuan yang mengandungi: 
 Pengerusi : Pengarah Bahagian Sukan atau wakilnya 
N. Pengerusi: Pengerusi J/Kuasa Pengelola Kejohanan 
Setiausaha: Setiausaha J/Kuasa Pengelola (Ex-Officio) 
Ahli : Pengerusi Teknik Permainan yang berkenaan. 3 orang Pengurus Pasukan / Wakil daripada pasukan yang tidak terlibat. 
5.2 Ahli-ahli Juri Rayuan terdiri daripada lima (5) orang (minimum) atau tujuh (7) orang (maksimum) daripada sekurang-kurangnya 3 buah pasukan. 
5.3 Juri Rayuan adalah bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan pengelolaan dan teknikal permainan semasa kejohanan berlangsung. 
5.4 Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan dan salinan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian. 
5.5 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad. 

6. LEMBAGA TATATERTIB PERTANDINGAN 
Rujuk Peraturan Am MSSM (14)

No comments:

Post a Comment