Total Pageviews

Thursday, August 21, 2014

Kejohanan Sukan Tingkatan 6

Hasil daripada Mesyuarat Penilaian Kokurikulum Tingkatan 6 pada 29 hingga 31 Mei 2012, ahli mesyuarat/ panel bersetuju supaya Kejohanan Sukan Tingkatan 6 diadakan sebagai salah satu aktiviti sukan dalam penilaian kokurikulum Tingkatan 6. Ahli mesyuarat telah mencadangkan beberapa acara kemuncak bagi setiap aspek kokurikulum seperti Karnival Unit Beruniform/ Kelab/ Persatuan dan Kejohanan Sukan Tingkatan 6. Pembaharuan yang dilakukan Bahagian Sukan ini adalah bersesuaian dengan saranan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran yang telah menyarankan penjenamaan semula Tingkatan 6 dengan matlamat untuk meningkatkan imej, sistem dan kualiti pendidikan Tingkatan 6 setara dengan sistem pendidikan prauniversiti yang lain. Oleh yang demikian, selaras dengan cadangan tersebut Bahagian Sukan mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kejohanan Sukan khas bagi murid Tingkatan 6. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Pengurusan Bahagian Sukan, KPM bilangan 5/2013 bertarikh 5 Mac 2013 telah bersetuju agar Kejohanan Sukan Tingkatan 6 kali pertama dianjurkan.

No comments:

Post a Comment